Ini adalah pendapat daripada muslimah yang tidak ingin mendedahkan identitinya
******************************************************
Prinsip asas dalam Kaunseling ialah,
Kaunselor dan Klien hendaklah duduk sama rendah ketika sesi kaunseling dijalankan.
Alamak. Itu saja yang saya ingat, nampaknya. Kahkahkah!
Pendek kata - lebih banyak persamaan yang dapat diwujudkan, maka lebih lancarlah sesi curahan hati dan perasaan. Panjang kata – untuk mempengaruhi seseorang, kita mesti memperlihatkan ciri-ciri kesamarataan untuk meningkatkan jumlah rating di mata si mangsa. Eheh :P
Helang sama helang. Pipit sama pipit.
Pemakai Tudung Munaww sama pemakai Tudung Munaww. Pemakai Tudung Bawal boleh geng dengan saya. Bawal sangatversatile. Bila di kepala, jadi tudung. Bila di Tesco, jadi ikan. Bila dengan Jackie Chan jadi syampu. Eh, silap. Itu syampu Bawang.Ekekeke :P
Pengalaman saya hidup dalam iklim pertengahan di antara 2 versi yang berbeza membuka peluang untuk saya mendengar reaksi yang pelbagai. Ibaratkan bumi ini terbahagi dua, di atasnya ada Kutub Utara dan di bawahnya ada Kutub Selatan – saya perasan sayalah Khatulistiwa – panas dan lembap sepanjang tahun.
Saya mempunyai kawan-kawan beragama Islam yang bertudung bulat dan berjubah serta berstoking. Saya juga mempunyai kawan-kawan beragama Islam yang tidak bertudung, berskirt pendek dan berbaju tanpa lengan.
Kedua-dua spesies kawan yang saya miliki ini mempunyai tahap keasidan dan kealkalian yang tinggi antara satu sama lain. Apa tidaknya, secara luarannya saja sudah tampil berbeza. Tak perlu disebut lagi secara dalamannya, tentulah berlainan.
Pada pendapat saya, keberkesanan dakwah akan dapat dilihat sekiranya ciri-ciri perbezaan dapat dikurangkan. Satu titik persilangan hendaklah dikenalpasti bagi membolehkan penyampaian dakwah dilakukan.
Zaman saya belajar dahulu, kawan yang berjubah kerapkali geleng kepala tengok kelibat kawan yang tak cukup kain. Kawan yang tak cukup kain pula selalunya angkat kening lihat kelibat kawan yang berjubah.
Saya pulak – dulu, kini dan selamanya masih lagi dengan Tudung Bawal dan bersifat neutral. Mungkin atas dasar itu, saya masih boleh berhubung baik dengan kedua-duanya.
Eheh :P
Saya berpendapat Akhil Hayy dan Wardina Safiyyah (sekadar menyebut 2 nama) berpotensi menjadi pendakwah yang mujarab kerana mereka menjadi kawasan kelabu antara dua bulatan hitam dan putih yang bertindih.





No comments:
Post a Comment